Nama Predator mempunyai sejarah yang amat berwarna-warni, dan agak bersinonim dengan permainan bola sepak yang kami semua gemar. Walaupun begitu, tidak ramai yang mengenali sejarah but tersebut, terutamanya bagaimana adidas mendapat idea untuk meletakkan unsur-unsur getah atas permukaan but.
Haaa, ideanya sebenarnya datang daripada seorang bekas pemain Liverpool, yang mampu mendapat pemain seperti Franz Beckenbauer dan Karl-Heinz Rumenigge untuk menguji ideanya, yang sekian telah menjadi label Predator yang amat disayangi oleh pemain, dan juga peminat. Radin bersama collector Predator tersohor, Mohammad Anas menceritakan sejarah Predator, daripada asal usulnya pada tahun 1994, sehinggalah tahun 2020 dengan pengeluaran Predator Mutator 20.1.
Jika anda suka video ini, silalah beri like dan komen apa but kegemaran Predator korang!